CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday, September 18, 2011

KERINDUAN TERUBAT WALAU HANYA SEKETIKA

Sekian lama aku tidak menaip blog aku ni. Kali ini aku ingin menceritakan tentang kerinduanku yang terubat seketika terhadap sekolah praktikalku iaitu SMK Senawang 3.

2UKM

1UM lelaki


1UM perempuan


 Siapa sangka aku akan berjumpa kembali pelajar-pelajarku khususnya kelas yang aku ajar iaitu 2UKM dan 1UM. Aku harap sangat aku akan sentiasa dapat bertemu dengan mereka. Pelajar-pelajar cikgu juga, jangan lupakan cikgu ya..huhuhuhu

Pertemuan sekali lagi telah diadakan  sempena jamuan Hari Raya baru-baru ni. Pada awalnya aku, aku terniat untuk balik kampung pada minggu ini untuk mengambil baju yang tertinggal di rumah. Namun, apabila aku mendapat mesej daripada pelajar-pelajarku meminta agar aku hadir dalam jamuan itu membuatkan hatiku berbelah bagi untuk balik kampung. Lama-lama aku jadi rindu kepada pelajar-pelajarku. Kesungguhanku untuk ke Senawang semakin membuak-buak apabila Kak Halimahton (salah seorang guru SMK Senawang 3) mempelawa aku dan Mai untuk menumpang di rumahnya. Tanpa perancangan awal, aku dan Mai pergi juga ke Senawang pada hari Rabu. Sengaja aku tidak memberitahu kebanyakan pelajar-pelajarku akan kedatanganku dalam menghadiri jamuan ini semata-mata tidak mahu mereka berharap. Anggaplah sebagai satu kejutan daripada aku sendiri..hehehehe. Jamuan Hari Raya pula diadakan pada hari Khamis, 15 September 2011. Oleh itu, aku dan Mai gerak awal sehari dan sampai di Senawang pada petang Rabu. Sempat juga pergi sekolah pada petang itu.
































Alhamdulillah, sepanjang jamuan diadakan aku sentiasa bersama dengan pelajar-pelajarku. Aku terhibur dengan persembahan mereka di samping menikmati hidangan-hidangan yang enak. Aku dengan Mai ada juga bawa buah tangan untuk disumbangkan pada jamuan tersebut iaitu kuih tat dan kerepek ubi. Namun apakan daya, aku dan Mai terlupa pula nak bawa pada hari tersebut lalu tertinggal di rumah Kak Ton. Nasib baik tertinggal di rumah Kak Ton boleh bawa pada hari sekolah yang lain. Kalau tertinggal di Tanjung Malim, alamat aku dengan Mai jelah yang menyekik. Hehehehe..

Setelah selesai jamuan Hari Raya di sekolah, aku berniat nak balik kampung pada esoknya iaitu hari Jumaat. Namun, Kak Ton nak buat rumah terbuka pada malam Jumaat yang sepatutnya diadakan pada hari ahad. Disebabkan aku dan Mai sudah ada di situ, kami sudi membantu Kak Ton membuat persiapan rumah terbukanya. Maka, aku tidak jadilah nak balik kampung dan tertunda pada minggu hadapan. Maka, kami akan balik ke Tanjung Malim pada hari sabtu pula. Kesimpulannya, 4 hari aku berada di Senawang. Walau bagaimanapun, aku tetap terharu kerana aku masih diterima oleh warga sekolah ini dan dapat berjumpa dengan akak-akak guru Senawang 3 serta pelajar-pelajarku dengan lebih lama lagi.



























 

Layanan keluarga Kak Ton sangat baik sekali. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa-jasa keluarga Kak Ton kepada kami. Nanti jemput berkunjung ke rumah kami pula. Tapi rumah kami tidak secantik rumah Kak Ton..huhuhu.. Cantik rumah Kak Tonkan. Ada gabungan Inggeris dan Melayu. Terdetik dalam hati untuk menjadikan rumahnya sebagai rumah idamanku satu hari nanti. Berangan je lebih..hehehehehe..