CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Monday, January 28, 2013

UPSI - HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Sedang saya membelek-belek blog ini, rupa-rupanya saya ada merangka satu draf yang belum diterbitkan lagi. Saya masih ingat lagi sewaktu saya berada di hujung-hujung masa di UPSI, saya telah merangka satu draf mengenai sahabat-sahabatku yang kusayangi sepanjang berada di UPSI. Kiranya saya ingin membuat satu penghargaan kepada mereka yang telah banyak membantu saya di UPSI setelah tamat pengajianku nanti. Merekalah yang dinamakan sahabat dikala ku merantau di bumi Ilahi iaitu Tanjung Malim, Perak. Sahabatku, banyak kenangan kita bersama. Aku akan merindui korang semua :'(  Inilah luahan hatiku setelah setahun yang lalu. Kini, aku telah terbitkannya daripada kongkongan draf selama setahun ini..

    " Apabila menaip tajuk di atas, aku merasa hiba. Seboleh-bolehnya aku tak nak ingat hal ini. Tapi apakan daya, aku tak berdaya. Hal ini sentiasa bermain-main di benakku. Akhirnya hati aku terpanggil untuk meluahkan apa yang aku rasa ini dengan harapan dapat berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan di UPSI ini. Waktu aku di sini boleh bilang dengan jari. Tapi aku tak nak mengiranya. Kalau ada sesiapa yang dapat dengar jeritan hatiku, hatiku meronta-ronta mengatakan aku nak duduk di UPSI untuk beberapa tahun lagi. Namun aku harus akur, aku dah berada di semester akhir.

     Aku bersyukur kerana aku telah berada selangkah untuk mencapai cita-citaku sedari kecil iaitu ingin menjadi seorang guru. Alhamdulillah, tempat yang ingin dituntut sudah tepat. Pengalaman juga telah aku dapat di UPSI. Tinggal selangkah lagi untuk bergelar guru. InsyaAllah bila aku dah dapat "posting" kelak.

      Aku bersyukur kerana sepanjang aku berada di sini, aku dikurniakan sahabat-sahabat yang saling membantu dan sentiasa ada walau dalam susah mahupun senang.



     Azizah binti Abdul Ghani. Sahabat istimewa yang aku paling rapat sekali dan aku sayang. Dia sangat baik. Pantang dia tengok kawan-kawan dia dalam kesusahan, mesti dia seboleh-boleh nak membantu. Dia aku kenal sejak semester 1 lagi. Sebenarnya aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti dia. Hampir 3 tahun setengah aku bersahabat dengan dia, jadinya aku kenal dia sangat-sangat. Berhati lembut, sensitif kadang-kadang (tengok keadaan) dan paling aku suka kadang-kadang gaya dia sering buat aku gelak. Nasib dia tak kisah, dia dah faham perangai aku. Kadang-kadang terjadi hal yang tak terduga boleh menjadikan aku tergelak besar. Nanti dia ikut gelak sekali dan boleh tak jadi apa yang dia rancang. Banyak cerita yang aku dengan dia kongsi bersama. Tak kira suka atau duka, rahsia atau tak, gosip mahupun mengumpat. Tapi kadang-kadang terlalu banyak rahsia membuatkan aku terlupa. Untunglah kau Jah, rahsia kau banyak yang aku lupa. Aku boleh jadi penyimpan rahsia kau yang baik. InsyaAllah memang susahlah nak bocor kepada orang. Aku juga selesa bercerita masalah aku kepada kau. Bagi aku, kau tempat aku mengadu dikala aku susah. Kita susah bersama dan senang pun bersamakan. Apapun, kalau dia ada terbaca catatan ni, aku nak luahkan, aku nak persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Kalau boleh kita tetap berhubung dan cerita hal-hal tentang diri kita setelah kita keluar UPSI nanti. Pasti aku susah nak cari sahabat macam kau. (Sebak tiba-tiba. Menitik beberapa titisan air mata jernih).






     Ni pula Maisarah binti Mohd Isa. Dia seorang yang ceria, penyayang dan gila-gila. Banyak juga cerita, rahsia dan gosip-gosip yang aku dengan dia berkongsi. Dia juga merupakan sahabat terbaik aku. Suka membantu aku dalam banyak hal. Dia sedikit ilmiah. Sebab tu pointer dia tinggi. Walau aku tak dapat nak menyamai dengan pointer dia, tapi dia sering kena tipu dengan aku..Hahahaha.. Boleh tahan juga kepolosan dia ni sampai percaya semua kata-kata aku. Tapi tipu aku tak lama, bila tengok dia percaya tahap dewa, aku betulkan balik fakta tu. Lepas tu, mulalah keluar gelak-gelak yang hodoh. Paling popular gelak kuda. Keh keh keh.. Hanya aku dengan Mai je yang tahu. Apa pun, banyak kenangan manis aku dengan dia. Dia ni kaki jalan. Selalu juga aku ikut dia jalan-jalan. Kalau aku tak rapat dengan dia agaknya, aku kurang berjalan jauh kot. Apa pun Mai, kalau kau ada terbaca blog ini, aku harap kita tetap terus bersahabat. Aku sayang sahabat-sahabat aku. Aku tak nak kita terus senyap. Kalau kau tak jemput aku dalam majlis perkahwinan kau, aku tembak kau dengan senapang gajah. Oh ye, aku tahu kau sayang sangat dengan Norehsan Arif. Aku kenal sangat kau ni. Sebab bagi aku kau wanita Melayu terakhir. Hal rumah tangga aku rasa kacang je bagi kau. Semoga kau cepat dijodohkan dengan Ehsan ye.





     Sahabat aku yang seterusnya ialah Nur Syazwani binti Abdul Ghaffar. Pertama sekali yang aku nak cakap dia ni seorang yang pemurah. Dia tak kedekut kalau nak belanja orang. Anak taukeh balak katanya. Dia seorang sahabat yang baik dan sentiasa buat aku gembira. Namun aku kurang bersama  dia dalam banyak program sebab dia ni tak berapa nak aktif. Hehehehe, jangan marah Wani. "I love you".. Tapi dia juga seorang sahabat yang menceriakan hariku. Secara tak langsung, dia telah membawa aku ke satu dunia fantasi yang kini telah menjadi satu terapi menurunkan tekanan aku. Dunia tersebut ialah dunia teater. Di sini aku nak bagitahu kepada kau Wani bahawa kau telah banyak membantu aku dari segi emosi. Kau selalu tanya khabar aku tatkala aku sedang berduka. Kau juga tahu apa yang perlu kau buat apabila aku sedang tekanan. Mesti kau ajak aku jalan-jalankan sambil makan di KFC atau pizza. Sebab hal tersebut boleh buat aku tersenyum. Akan aku kenang jasa-jasa kau Wani. Aku harap kita tak terputus hubungan apabila keluar daripada UPSI. Jaga kesihatan kau. InsyaAllah, bila aku kaya, aku belanja kau pula. Ingat tu Wani. Di bawah ni gambar-gambar aku semasa berdrama dan berteater. Semoga gambar-gambar ini menjadi kenangan yang terindah."







Aku sayang sahabat-sahabatku.... Aku akan merindui kamu semua.... Kamu semualah yang dinamakan SAHABAT.

Hati-hati membuat keterangan di laman sosial

Assalamualaikum..

Lama saya tidak menaip blog ni. Sejak digelar alumni UPSI, masa saya banyak diluangkan dengan hal-hal harian. Maklumlah saya kini sedang di alam pekerjaan. Kerja sambilan dahulu. InsyaAllah  bulan Februari nanti akan diumumkan temuduga SPP bagi penempatan perguruan saya. Harap para "blogger" dapat mendoakan cita-cita saya yang ingin menjadi seorang guru yang berdedikasi tercapai.

      Kita selalu lihat di laman sosial seperti "facebook, twitter malah blogspot" ini juga menjadi tempat untuk meluahkan ketidakpuashatian kita. Tapi sedarkah kita bahawa banyak mata-mata yang melihat setiap pos-pos kita. Cuba bayangkan yang membaca pos kita terdiri daripada saudara-mara kita, guru kita, pensyarah kita, ustaz dan ustazah kita. 

     Laman sosial boleh menjadi tempat untuk mendapat dosa contoh menyebarkan fitnah dan muat naik gambar yang tidak menutup aurat. Namun jika kita tidak salah menggunakan, hal ini akan mendatangkan kebaikan seperti berdakwah, mengajak manusia melakukan kebaikan dan menyebarkan perihal-perihal kebaikan. 

     Selain itu, kita juga boleh memartabatkan bahasa Melayu seperti membuat satu kumpulan di muka buku dalam membincangkan hal-hal bahasa. Di bawah ini saya akan sertakan salah satu contoh kumpulan bahasa yang terdiri daripada mahasiswa UPSI dalam membincangkan perihal bahasa di "facebook". Kesimpulannya, jaga bahasa kita, jaga perilaku kita ketika berada di laman sosial.

https://www.facebook.com/groups/kembarabahasa/?ref=ts&fref=ts

Makluman tambahan : Di dalam kumpulan ini terdapat beberapa orang tokoh bahasa dan tokoh sastera yang aktif dalam membincangkan isu bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu (Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Dato' Paduka Rosli Saluddin, Dr. Talib Samad dan ramai lagi)

Wallahua'lam..

Dato' Rosli pernah menjadi pensyarah saya dan ketua jabatan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi