Apabila cerita itu telah sampai kepada orang yang seterusnya, penokokan cerita yang lain pasti akan terjadi. Hal seperti inilah boleh menjadi fitnah kepada orang yang dikata. Selain itu, penyelewengan kebenaran akan timbul. Oleh sebab itu, masyarakat kita mencemuh perbuatan-perbuatan seperti suka mengata dan “menjaga tepi kain orang” lalu menjaja kepada orang lain. Adat Melayu juga menegah perkara-perkara tersebut. Hal ini disarankan agar masyarakat Melayu sentiasa mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain.
Dalam peribahasa Melayu juga ada mengajar kita agar tidak suka mengata dan menyebarkan keaiban orang kepada orang lain. Misalnya, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Maksud peribahasa ini jelas mengatakan kerana kata-kata yang dikeluarkan, diri sendiri yang menerima padah. Oleh itu, binalah hubungan baik sesama kita. Jangan mengaibkan orang lain jika tidak ingin diri sendiri diaibkan. Tiada manusia yang sempurna daripada segalanya. Oleh itu, sebelum mengata orang lain, cerminlah dulu diri sendiri sama ada layak untuk mengata orang atau tidak. Jika takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai.
No comments:
Post a Comment