Ingin dijadikan cerita, sewaktu saya melewati hadapan gerainya, penggerai ini panggil untuk melihat barang-barang yang dijualnya. Saya pun masuk ke gerainya dan melihat-lihat barang-barang jualannya. Penggerai ini pula menggunakan pelbagai-bagai jaminan agar saya membeli barangannya. Sehingga satu tahap, penggerai ini mengatakan barangan yang dijualnya amat berkualiti dan tidak akan rosak. Disebabkan barangan yang ditawarkan merupakan barangan yang saya perlukan untuk masa akan datang, saya akhirnya membelinya. Manakala, penggerai itu dengan yakinnya telah memberikan surat waranti kepada saya.
Setibanya saya di rumah, saya mencuba menggunakan barangan itu dengan berhati-hati. Namun tidak sampai seminit barangan itu rosak. Saya berfikir semula, jika barang ini berkualiti dan siap ada waranti, tidak mungkin barang ini akan rosak sedangkan saya baru sahaja membelinya. Beginilah asam garam peniaga-peniaga di Malaysia. Mereka hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kebajikan dan keselamtan orang yang membelinya. Mereka sanggup memperdaya pelanggan dengan menggunakan kata-kata. Semua itu retorik semata-mata.
No comments:
Post a Comment