Assalamualaikum..
Lama saya tidak menaip blog ni. Sejak digelar alumni UPSI, masa saya banyak diluangkan dengan hal-hal harian. Maklumlah saya kini sedang di alam pekerjaan. Kerja sambilan dahulu. InsyaAllah bulan Februari nanti akan diumumkan temuduga SPP bagi penempatan perguruan saya. Harap para "blogger" dapat mendoakan cita-cita saya yang ingin menjadi seorang guru yang berdedikasi tercapai.
Kita selalu lihat di laman sosial seperti "facebook, twitter malah blogspot" ini juga menjadi tempat untuk meluahkan ketidakpuashatian kita. Tapi sedarkah kita bahawa banyak mata-mata yang melihat setiap pos-pos kita. Cuba bayangkan yang membaca pos kita terdiri daripada saudara-mara kita, guru kita, pensyarah kita, ustaz dan ustazah kita.
Laman sosial boleh menjadi tempat untuk mendapat dosa contoh menyebarkan fitnah dan muat naik gambar yang tidak menutup aurat. Namun jika kita tidak salah menggunakan, hal ini akan mendatangkan kebaikan seperti berdakwah, mengajak manusia melakukan kebaikan dan menyebarkan perihal-perihal kebaikan.
Selain itu, kita juga boleh memartabatkan bahasa Melayu seperti membuat satu kumpulan di muka buku dalam membincangkan hal-hal bahasa. Di bawah ini saya akan sertakan salah satu contoh kumpulan bahasa yang terdiri daripada mahasiswa UPSI dalam membincangkan perihal bahasa di "facebook". Kesimpulannya, jaga bahasa kita, jaga perilaku kita ketika berada di laman sosial.
https://www.facebook.com/groups/kembarabahasa/?ref=ts&fref=ts
Makluman tambahan : Di dalam kumpulan ini terdapat beberapa orang tokoh bahasa dan tokoh sastera yang aktif dalam membincangkan isu bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu (Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Dato' Paduka Rosli Saluddin, Dr. Talib Samad dan ramai lagi)
Wallahua'lam..
Dato' Rosli pernah menjadi pensyarah saya dan ketua jabatan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi |
No comments:
Post a Comment