CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday, February 13, 2011

Maksiat terjadi bukan hanya kata-kata

Bersama Ustaz Yahya (di tengah), pengasas KEWAJA 



Aktiviti  bersama para responden

       Semalam pada tanggal 12 Februari 2011, saya bersama beberapa orang rakan saya telah mengadakan satu penyelidikan modal insan di Kem Modal Insan Kewaja, Gombak, Selangor. Di situ menempatkan perempuan-perempuan yang terlanjur dan berlindung di bawah pusat bimbingan itu. Hampir keseluruhan perempuan yang ditempatkan di situ sedang mengandung dan beberapa orang yang bermasalah sosial.
 Di sini, saya tidak berniat untuk menceritakan keabaiban orang lain, tetapi ingin menyelitkan tentang hal bahasa yang saya dapat kesan daripada penyelidikan saya.

      Sewaktu aktiviti berbual mesra dengan para responden, saya tertarik dengan salah seorang responden yang cacat pendengaran serta bisu. Cara hendak berbicara dengannya juga memerlukan pen dan kertas untuk menulis. Jika sebelum ini kebnyakan responden yang menyatakan bahawa pujuk rayu lelaki yang menghanyutkan mereka ke kancah penzinaan, bagaimana pula dengan responden ini yang bisu malah tidak boleh mendengar tutur kata daripada mangsanya. Oleh itu, saya boleh menyimpulkan di sini bahawa maksiat bukan sahaja boleh dilakukan dengan melontarkan bahasa-bahasa yang manis kepada mangsa, bahkan menerusi bahasa badan juga boleh terpengaruh untuk memenuhi kehendak nafsu. Nau'zubillahminzalik. Semoga dijauhkan.

    Menerusi penyelidikan ini, saya akan menjadikannya sebagai satu pengajaran dan pedoman untuk lebih berhati-hati pada masa depan. Bukan sekadar bahasa sahaja yang perlu dijaga, malah perilaku juga harus dijaga. Hal ini disarankan agar saya dan seluruh anggota masyarakat wanita yang lain akan lebih berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang kita sendiri tidak dapat menjangkakannya.


Kerjaya yang memerlukan kesabaran

Saya Guru Bitara
     

    Bagi saya, kerjaya seorang guru sememangnya cita-cita saya sejak di bangku sekolah lagi. Kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang mulia dalam mendidik anak bangsa ke arah kejayaan. Di samping mengajar untuk mendidik peribadi  pelajar, seseorang guru juga perlu bertanggungjawab memastikan seseorang pelajar menjadi seorang yang berguna untuk mewarisi kejayaan negara. Tampak macam berat, namun jika belum berusaha untuk menjadi guru yang terbaik, siapa yang akan tahu kemampuan kitakan.

     Cabaran dalam bidang perguruan ini memang banyak. Lebih-lebih lagi saya yang memegang program Bahasa Melayu ini. Penggunaan bahasa untuk mengajar menjadi tumpuan utama dalam aspek pengawalan bahasa. Selain itu, karenah pelajar turut mencabar kewibaan  dalam tahap menguji kesabaran seseorang guru. Pelajar kini dilihat lebih berani berbanding pelajar masa dahulu yang takut kepada guru-gurunya. Berdasarkan pengalaman guru saya bercerita dahulu, dia amat takut dengan gurunya sehinggakan dia akan bersembunyi di celah mana sahaja jika terlihat kelibat gurunya di luar. Di dalam sekolah juga, dia juga menunjukkan sikap yang baik agar tidak mengundang kemarahan gurunya.

     Tetapi kini, adakah kita berani untuk berhadapan dengan pelajar yang sudah berani membelasah guru dan berkata kasar dengan perkataan-perkataan lucah yang dilemparkan kepada gurunya. Sebagai guru bahasa, kita hendaklah banyak bersabar dengan karenah-karenah seumpama ini. Seorang guru bahasa perlulah menunujukkan sikap yang santun dan tidak mencabar perilaku pelajar seperti ini dengan menggunakan kata-kata yang kesat juga. Kita perlu mengawal bahasa kita sebagai model guru Bahasa Melayu di samping memartabatkan bahasa kebangsaan kita daripada dicemuh masyarakat. Bahasa cerminan bangsa. Terdapat beberapa tip yang pernah saya dengar bagi menangani masalah seperti ini. Misalnya cerita yang disampaikan oleh pensyarah saya baru-baru ini. Dia kata, jika ada kumpulan samseng-samseng di sekolah, kita perlu pegang kepala samsengnya. Hal ini kerana jika kita membimbing kepala samseng itu, pasti konco-konconya akan menurut sama ketuanya.


Friday, February 11, 2011

Mampukah bahasa Melayu bersaing dengan bahasa Inggeris dalam perniagaan internet?

      

   Pada era kini, era teknologi terkini menjadi utama dalam penyebaran bahasa. Saya sendiri tidak terlepas daripada menggunakan teknologi ini dalam menyelesaikan tugas-tugas harian. Malahan, tugasan Sosiolinguistik di dalam blog ini juga dikatakan sebagai salah satu penggunaan teknologi kini. Selain laman sosial yang telah saya lusuri, teknik perniagaan menerusi teknologi juga telah saya ceburi khususnya dalam penggunaan internet.

      Di Malaysia, penggunaan internet telah memberi peluang kepada bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar komunikasi pemasaran dalam talian. Namun, sejauh manakah bahasa Melayu memanfaatkan peluang tersebut berbanding bahasa Inggeris? Bahasa Inggeris telah lama menjadi bahasa komunikasi  dan bahasa asas internet sejak kewujudan internet di negara Barat. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang adalah dominan. Apabila perniagaan internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran bagi internet.

     Saya difahamkan bahawa bahasa Melayu tidak tersenarai dalam 10 bahasa utama internet dunia. Namun, tidak mustahil akan mempunyai kedudukan istimewa dan tersendiri untuk tampil dalam salah satu daripada medium komunikasi perniagaan internet. Dari sudut akademik, bahasa Melayu sudah mengalami proses evolusi di alam internet. Laras bahasa perniagaan yang wujud menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menerobosi ruang perniagaan di alam siber. Namun, cabaran-cabaran global perlu diberi perhatian. Antara isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa perniagaan internet ialah tahap keseriusan pihak pengguna untuk merealisasikannya.

    Walau bagaimanapun, kedudukan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi pemasaran masih boleh dibaiki. Walaupun bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa penting perniagaan internet ini, bahasa Melayu tetap mempunyai ruang untuk melebarkan perniagaan dalam perniagaan internet. Oleh itu, bahasa Melayu perlu disesuaikan dengan konteks nasional dan global.    


Thursday, February 10, 2011

Bahasa laman sosial tercemar

    Laman sosial kini seperti facebook, tagged, blog dan friendster merupakan antara laman-laman yang kerap kali dilayari oleh masyarakat Malaysia dalam berhubungan di dunia siber. kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa kepada perkembangan laman-laman ini yang menjadi tarikan utama penduduk negara kita. Walaupun penggunaan teknologi maklumat di negara kita agak tinggi, namun terdapat kekhuatiran dalam penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam media berkenaan. Penggunaan bahasa tersebut boleh dikatakan telah tercemar. Bagi mengatasinya, tidaklah semudah yang disangka kerana sukar untuk ditegah terhadap jutaan pengguna laman sosial tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap pengguna yang tidak mengendahkan penggunaan ejaan bahasa dan kesantunan bahasa. Antara kesalahan-kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh pengguna laman sosial ini ialah bahasa lisan, bahasa slanga, bahasa rojak, dan singkatan atau kependekan perkataan.

     Contoh-contoh kesalahan bahasa :
1.   Bahasa lisan - suke (suka), ape (apa), ko/ngko (engkau), cite/citer (cerita)
2.   Bahasa Slanga - gua (aku), bro/brader (abang), cun (cantik)
3.   Bahasa rojak - I (saya), ok (baik), no (jangan)
4.   Singkatan atau kependekan - ni (ini), leh (boleh), utk (untuk)

    Melalui contoh-contoh yang saya peroleh daripada laman facebook, penggunaan bahasa Melayu yang tepat telah menyimpang daripada penggunaan bahasa yang sempurna. Tidak banyak pengguna laman sosial yang mengutamakan bahasa Melayu dengan betul. Seharusnya, kita sebagai penutur natif bahasa Melayu harus memartabatkan bahasa Melayu walau di mana berada sekalipun. Oleh itu, kita amat digalakkan agar penulisan laman sosial ini dapat ditaip dengan menggunakan bahasa yang betul. Contohilah profil facebook di bawah ini :