CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Friday, February 11, 2011

Mampukah bahasa Melayu bersaing dengan bahasa Inggeris dalam perniagaan internet?

      

   Pada era kini, era teknologi terkini menjadi utama dalam penyebaran bahasa. Saya sendiri tidak terlepas daripada menggunakan teknologi ini dalam menyelesaikan tugas-tugas harian. Malahan, tugasan Sosiolinguistik di dalam blog ini juga dikatakan sebagai salah satu penggunaan teknologi kini. Selain laman sosial yang telah saya lusuri, teknik perniagaan menerusi teknologi juga telah saya ceburi khususnya dalam penggunaan internet.

      Di Malaysia, penggunaan internet telah memberi peluang kepada bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar komunikasi pemasaran dalam talian. Namun, sejauh manakah bahasa Melayu memanfaatkan peluang tersebut berbanding bahasa Inggeris? Bahasa Inggeris telah lama menjadi bahasa komunikasi  dan bahasa asas internet sejak kewujudan internet di negara Barat. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang adalah dominan. Apabila perniagaan internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran bagi internet.

     Saya difahamkan bahawa bahasa Melayu tidak tersenarai dalam 10 bahasa utama internet dunia. Namun, tidak mustahil akan mempunyai kedudukan istimewa dan tersendiri untuk tampil dalam salah satu daripada medium komunikasi perniagaan internet. Dari sudut akademik, bahasa Melayu sudah mengalami proses evolusi di alam internet. Laras bahasa perniagaan yang wujud menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah menerobosi ruang perniagaan di alam siber. Namun, cabaran-cabaran global perlu diberi perhatian. Antara isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa perniagaan internet ialah tahap keseriusan pihak pengguna untuk merealisasikannya.

    Walau bagaimanapun, kedudukan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi pemasaran masih boleh dibaiki. Walaupun bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa penting perniagaan internet ini, bahasa Melayu tetap mempunyai ruang untuk melebarkan perniagaan dalam perniagaan internet. Oleh itu, bahasa Melayu perlu disesuaikan dengan konteks nasional dan global.    


No comments:

Post a Comment