CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday, February 13, 2011

Kerjaya yang memerlukan kesabaran

Saya Guru Bitara
     

    Bagi saya, kerjaya seorang guru sememangnya cita-cita saya sejak di bangku sekolah lagi. Kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang mulia dalam mendidik anak bangsa ke arah kejayaan. Di samping mengajar untuk mendidik peribadi  pelajar, seseorang guru juga perlu bertanggungjawab memastikan seseorang pelajar menjadi seorang yang berguna untuk mewarisi kejayaan negara. Tampak macam berat, namun jika belum berusaha untuk menjadi guru yang terbaik, siapa yang akan tahu kemampuan kitakan.

     Cabaran dalam bidang perguruan ini memang banyak. Lebih-lebih lagi saya yang memegang program Bahasa Melayu ini. Penggunaan bahasa untuk mengajar menjadi tumpuan utama dalam aspek pengawalan bahasa. Selain itu, karenah pelajar turut mencabar kewibaan  dalam tahap menguji kesabaran seseorang guru. Pelajar kini dilihat lebih berani berbanding pelajar masa dahulu yang takut kepada guru-gurunya. Berdasarkan pengalaman guru saya bercerita dahulu, dia amat takut dengan gurunya sehinggakan dia akan bersembunyi di celah mana sahaja jika terlihat kelibat gurunya di luar. Di dalam sekolah juga, dia juga menunjukkan sikap yang baik agar tidak mengundang kemarahan gurunya.

     Tetapi kini, adakah kita berani untuk berhadapan dengan pelajar yang sudah berani membelasah guru dan berkata kasar dengan perkataan-perkataan lucah yang dilemparkan kepada gurunya. Sebagai guru bahasa, kita hendaklah banyak bersabar dengan karenah-karenah seumpama ini. Seorang guru bahasa perlulah menunujukkan sikap yang santun dan tidak mencabar perilaku pelajar seperti ini dengan menggunakan kata-kata yang kesat juga. Kita perlu mengawal bahasa kita sebagai model guru Bahasa Melayu di samping memartabatkan bahasa kebangsaan kita daripada dicemuh masyarakat. Bahasa cerminan bangsa. Terdapat beberapa tip yang pernah saya dengar bagi menangani masalah seperti ini. Misalnya cerita yang disampaikan oleh pensyarah saya baru-baru ini. Dia kata, jika ada kumpulan samseng-samseng di sekolah, kita perlu pegang kepala samsengnya. Hal ini kerana jika kita membimbing kepala samseng itu, pasti konco-konconya akan menurut sama ketuanya.


No comments:

Post a Comment