CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Monday, August 15, 2011

BILA MEREKA BERSYAIR

Apabila cerita bab bersyair, kelas menjadi meriah. Meriah dengan dendangan-dendangan nyanyian tradisional ini. Meriah dengan suara-suara pelajar mengenakan rakan untuk bersayair pun ada. Tapi menurut pensyarah pembimbing, kalau bising disebabkan pelajar berminat dengan sesuatu pengajaran itu tidak mengapa. Jangan dihalang. Biarkan kelas aktif macam tu. Oleh itu, kelas 2UKM yang aku ngajar syair pada hari Jumaat baru-baru ini dibiarkan berjalan dengan menarik berserta gelak dan gurauan pelajar-pelajar aku. Asalkan bukan bising kerana bukan pengajaran aku sudahlah. Ingat, jangan jadi kelas langau yang bising tanpa sebarang faedah.

Di bawah nanti aku muat naik video mereka bersyair. Sebelum itu, aku nak ceritakan tentang penyair-penyair 2UKM ni. Memang lari "pitching". Aku asyiklah nak tergelak. Tapi aku gelak bukan nak persendakan mereka, tetapi disebabkan mereka ini lucu.

Penyair pertama :
Namanya Alif Akhmal. Kasar budak kecik ni. Tapi siapa sangka, seganas-ganas dia ni rupa-rupanya dalam hati ada taman. Tak percaya tengoklah facebook dia. Dia sayang sangat dengan awek dia. Hahaha.. Apabila disuruh bersyair, dia malu-malu. Tapi akhirnya dia bersyair juga. Lepas aku bagi pujian "barulah gentleman" kepada dia, dia kata "seganlah". Nak saja aku sambung, "eleh, ganas-ganas tapi nak malu". Tapi aku batalkan hajat aku tu. Aku rasa memang dia dah buat yang terbaik tadi. Apapun budak ni memang comel bila "keganasannya" dapat dilembutkan dengan bersyair. Syabaslah Alif.

Penyair kedua :
Namanya Alif juga. Nama panjangnya Nuralif (Aleep Jhon). Dia ni aktif di kelas. Asal aku bagi soalan je, dia mesti akan jawab walau jawapan dia salah. Apapun, aku suka budak ni sebab kalau ada penyelia yang selia aku, aku akan tujukan soalan kepada dia dulu. Sebab dia ni berani menjawab dan berani mencuba. Berkaitan dengan bersyair pula, seperti yang ku cakap tadi, dia berani mencuba. Lepas tu aku cari lagi untuk penyair seterusnya. Dia menjawab "saya". Aku pun tuju kepada dia. Lepas tu dia malu-malu. Tapi ke depan juga untuk bersyair. Apa pun cikgu bangga Alif. Teruskan sifat berani mencuba itu.

Penyair ketiga :
Penyair ketiga ni pula perempuan. Namanya Puteri. Dia ni seorang yang memahami aku. Tentang apa itu, biarlah rahsia. Dulu dia selalu duduk belakang. Tapi hari kejadian ni, dia duduk depan. Puteri ni pun malu-malu juga. Tapi bila aku suruh bersyair untuk kenangan aku, dia bersyair juga. Tapi yang lucunya, dia cadangkan pelajar perempuan yang lain untuk bersyair, akhir sekali terkena pada dirinya. Apa pun tahniah Puteri kerana dah buat yang terbaik untuk cikgu. Sentiasalah menyokong cikgu kerana cikgu mengharapkan sokongan daripada kalian semua.

Penyair keempat :
Namanya Fadhli. Dia aktif dalam kelas. Masa sesi pengajaran, dia tak pernah senyap. Ada saja perkara yang nak dibualkan dengan aku. Dia juga macam Nuralif. Seorang penjawab soalan yang tegar. Dia tidak segan untuk menjawab sebarang soalan dan mengemukakan pendapat. Malah dia penyokong aku daripada belakang. Tengok sajalah dalam kelas syair baru-baru ni, asyik berjalan memberi semangat kepada rakan-rakannya untuk bersyair. Tidak mengapalah, asalkan Fadhli ni tidak bertentangan dengan pengajaran aku sudahlah. Cikgu bangga dengan semangat Fadhli. Oh ya, sebelum terlupa, dia ni memang berani, tak payah disuruh bersyair dia dah menawarkan diri untuk bersyair. Kalau semua pelajar macam dia, memang gamatlah kelas aku rasa.

Penyair kelima :
Namanya ialah Amir Asraf. Budak ni malu-malu kucing juga. Tapi dia ni penyeri hidup aku. Aku tak ada banyak masalah dengan dia. Dia baik saja dalam kelas. Sering juga bual-bual kosong dengan dia. Agak manja. Bila disuruh bersyair, mula-mula malu. Lepas tu mungkin selepas melihat kawan-kawan dia bersyair dengan "merdu" sekali, mungkin dia juga nak mencuba. Akhirnya, saksikanlah sendiri dendangan nyanyian dia. Apapun, kalau Amir tiada dalam kelas, mesti kelas "tak best" sebab dia salah seorang pelajar yang mengikut kata dan selalu tersenyum. Kira boleh juga melembutkan hati aku yang kadang-kadang tu berangin juga.

Penyair terakhir :
Penyair terakhir ni namanya Noor Hakimi Daud Bin Abdullah. Apabila dah terbiasa panggil dia Monang, dah melekat nama tu di mulut aku untuk panggil dia dengan nama sedemikian. Dia pun ok, jadi aku pun oklah. Terus-menerus panggil dia Monang. Dia ketua tingkatan. Mula-mula aku praktikum dan pertama kali ngajar kelas 2UKM ni, aku segan dengan budak ni. Tak tahu mengapa, mungkin sebab dia ketua kelas. Tapi bila dah lama-lama, aku dah tak janggal lagi dengan dia. Dia seorang yang boleh diharap dan kami saling memerlukan. Dalam bersyair dia tiada masalah. Tapi banyak gelak. Cikgu faham kamu malu dan kamu telah buat yang terbaik untuk cikgu selama ini. Cikgu nak ucap terima kasih kerana banyak buat cikgu bangga dengan Monang. Teruskan usaha.

Apa pun kamu semua memang berani mencuba. Kalau  tak cuba, mana boleh tahu kemampuan kamu semua. Betul tak. Video di bawah ini cikgu tak bermaksud hendak memalukan kamu semua, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang indah bersama kamu semua pelajar-pelajar 2UKM. Tanggapan negatif cikgu sewaktu mula-mula cikgu masuk dulu telah berjaya kamu semua runtuhkan. Tulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah lama-lama cikgu masuk kelas ni, "seriously" cikgu dah jatuh cinta dengan kelas kamu. Mari kita saksikan..







2 comments:

  1. terapkan juga kehebatan MELAYU itu sendiri dalam jiwa anak bangsa..mereka akan jadi pelapis masa hadapan..kehebatan MELAYU telah disorok..<>

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangannya. InsyaAllah saya sedang berusaha menonjolkan khazanah-khazanah Melayu kepada generasi muda kini. Saya akan terus berusaha sabaik-baiknya.

    ReplyDelete