CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Saturday, August 13, 2011

PENGAKHIRAN YANG PENUH DENGAN KENANGAN - SMK SENAWANG 3

Lama dah aku tak menulis blog ni. Tiba-tiba terdetik pula hendak menulis hasil daripada pengaruh anak-anak murid aku yang sedang rancak membuat blog. Keasyikan untuk menulis kembali blog ni juga dipengaruhi oleh sahabat sebilik aku, Mai. Mai ni pun dah sama gila macam anak-anak murid aku menghias blog sampai aku pun ikut gila dengan blog ni. Memang dah lari dah daripada tujuan sebenar aku membuat blog dulu yang sepatutnya menulis perihal-perihal berkaitan Sosiolonguistik dan bahasa. Tapi tak apalah. Daripada terus terbengkalai tanpa sebarang cerita, lebih baik aku buat cerita aku sendiri..Hihihihi..


Gambar ni sengaja aku edit sebab ada seorang pelajar aku minta.
Tapi entah macam mana, ramai pula pelajar aku yang nak.
Nak buat kenangan katanya..

Permulaan penulisan aku kali ini aku nak cerita serba sedikit berkaitan kehidupan aku sepanjang praktikum aku sekarang. Pejam celik-pejam celik, dah nak masuk 4 bulan aku di SMK Senawang 3 ni. Praktikum aku bermula pada 9 Mei 2011 dan berakhir pada 26 Ogos 2011. Tapi kenapa 26 Ogos? Tarikh lahir aku tu. Kalau sebelum-sebelum ni aku gembira pada hari bertarikh tersebut. Tapi 26 Ogos ni, aku tak tahu nak bagitahu macam mana perasaan aku nanti. Sering aku terbayangkan kegembiraan orang mengucapkan selamat kepadaku. Tapi pada waktu yang sama, 26 Ogos itu jugalah merupakan hari terakhir aku di SMK Senawang 3. Nak katakan gembira sebab hari terakhir aku berpraktikum aku rasa jauh sekali. Apa taknya, baru sebulan nak ke tarikh tersebut,  dah menitik air mata aku ni sebab nak tinggalkan pelajar-pelajar aku. Lagikan pada hari kejadian nanti. Ya Allah, semoga Kau tabahkan hati aku. Pernah aku cakap dengan pelajar-pelajar aku, jangan sesekali buat aku nangis pada hari terkahir aku nanti. Tapi entahlah, tengok jelah nanti..


Tak cukup dengan itu, semakin dekat nak ke tarikh 26 Ogos, semakin banyak pula dugaan yang Allah turunkan kepadaku. Aku masih ingat lagi minggu aku dan Mai nak diselia oleh Prof. Mahzan (pensyarah pembimbing). Aku rasa macam mati anak tatkala printer yang aku gelarkannya anak bongsuku mengalami serangan kuman (senang kata printer aku rosaklah). Tapi alhamdulillah, aku masih ada kawan-kawan yang boleh membantu aku pada waktu itu dengan meminjam printer budak-budak laki. Terima kasih kengkawan. Tapi tak lama, telefon bimbit aku buat hal pula. Ni semua kes nak "menjahanamkan duit aku lagi". Maaf terkasar bahasa kerana aku sangat-sangat susah hati dan geram. Biasiswa KPM?? Tak payah cerita aku rasa ramai orang dah tahu. Apa pun aku memang sedih. Teringat mak dan ayah. Nak minta duit tak sampai hati. Tapi ada jugalah kias-kias dengan mereka. Prinsip aku tak nak menyusahkan orang semata-mata untuk kesenangan aku. Selagi aku boleh bertahan, aku akan cuba bertahan.

Masa ni kami ke Melaka. Hilang juga tekanan selepas ada kejadian yang aku dan
Mai tak akan dapat lupakan sampai bila-bila.. Hahaha..
Terima kasih kepada Fazil yang telah membawa kami semua ke rumah sepupunya
untuk makan durian. Merasa juga aku makan durian di sini.

Dah banyak air mata aku keluar sepanjang aku di sini. Harap-harap tak sampai membatalkan puasa aku. Maisarah atau senang panggil Mai je. Aku rasa dia saksi melihat keadaan aku di sini. Susah senang  aku dia yang tahu sebab kita sahabat sebilik dan sama praktikum. Banyak benda yang kami kongsi. Banyak juga jasa dia kepada aku. Semoga Allah yang membalas jasa-jasa kau tu. Aku doakan semoga kau bahagia selalu dan cepat-cepat dijodohkan dengan Norehsan Arif ya. Terima kasih juga kepada pengarang jantungku yang banyak berkorban dan memberi semangat, Mohd Muzammil Mohd Noor. Walau kadang-kadang ada termarah dia sebab tekanan yang aku hadapi, tapi dia tetap bersabar. Terima kasih banyak-banyak bucuk!


Ingat lagi tak hal milo cincau..hihihihi


Ha, sambung kembali kes nak tinggalkan pelajar-pelajar aku. Sedihlah. Aku rasa macam nak terus "posting" di sekolah ni. Tengok jelah gambar-gambar kami di bawah ni nanti, susah nak cerita keakraban aku dengan pelajar-pelajar aku ni. Walau mereka nakal dan aku sering marah-marah mereka, tapi itu semua akan jadi kenangan aku kelak. Ibarat kata Cikgu Borhan kepada aku, pelajar-pelajar inilah yang memberikan kenangan buat pertama kali aku digelar guru dan kenangan inilah yang akan aku ingat sampai akhir hayat aku. Memang betul, pelajar-pelajar aku ketika praktikum inilah pelajar-pelajar pertama aku yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sebab itu cikgu sayang kamu semua... (tiba-tiba sebak pula..)





Guru-guru cun SMK Senawang 3


Kaki terseliuh
Ni Hakimi Daud. Selalu panggil nama Monang, dah melekat nama Monang




Bakal imam muda Al Imran


Hari sukan pengerat silaturrahim. Teruskan perjuangan Undang Rembau!


Sesiapa yang tiada dalam gambar ini, InsyaAllah pada hari Jumaat 26 Ogos kita bergambar sakan ya. Datang jangan tak datang.



No comments:

Post a Comment