CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Wednesday, January 19, 2011

Apabila si cilik mendapat microfon

     Salam ukhuwah kepada pembaca-pembaca blog saya pada hari ini. Pertama sekali, saya ingin meminta maaf jika terdapat kekurangan di dalam blog saya ini. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui sepanjang kehidupan harian saya. Pada hari ini, saya ingin menceritakan tentang serba sedikit keletah dalam ahli keluarga saya. Saya merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik yang kesemuanya ialah perempuan. Kakak saya telah berkahwin dan dua orang adik saya merupakan kembar sepasang.

     Namun, bukan mengenai adik-beradik yang ingin saya kongsikan, tetapi mengenai dua orang anak buah saya yang berusia tiga dan dua tahun ini.



     Kalau diteliti bahasa percakapan mereka memang perlu diulang-diulang kerana ada sedikit pelat dan ketidaklengkapan sesuatu wacana ayat. Selalunya bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak yang berusia sedemikian adalah ringkas dan menepati kemahuan mereka. Contohnya :

Ayat orang dewasa - Ibu, saya hendak ikut pergi ke kedai .
Ayat kanak-kanak - Ibu, nak ikut kedai.

     Di sini terdapat perbezaan  ayat  penyata yang sebenar dengan ayat yang diucapkan oleh kanak-kanak berusia lingkungan 2 hingga 3 tahun ini. Selain itu, ibu bapa juga tidak disarankan untuk bercakap pelat dengan kanak-kanak ini kerana takut akan jadi kebiasaan. Contohnya :

Susu - Cucu
Makan - Mamam

     Tetapi kanak-kanak ini seronok apabila diagah seperti bermain cak-cak mahupun bermain tepuk-tepuk tangan. Hal ini kerana kanak-kanak seumpama ini masih meninggi imaginasinya. Selain itu, kanak-kanak akan meniru cara yang ditunjukkan oleh keadaan sekeliling. Proses pembelajaran akan menjadi cepat sekiranya kanak-kanak itu sendiri berusaha melakukan sesuatu yang ditunjukkan oleh masyarakat sekelilingnya terutama daripada ibu bapa yang menjadi pembimbing terdekat anak-anaknya. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik agar dapat dipelajari oleh anak-anaknya khususnya dalam berbahasa. Penggunaan bahasa yang baik akan dicontohi oleh kanak-kanak, jika sebaliknya kanak-kanak juga tidak segan untuk menggunakan kata-kata yang kurang elok didengar. Walaupun kanak-kanak ini masih tidak boleh membaca dan menulis, namun mereka mempunyai ingatan yang kuat dan proses peniruan yang tinggi. Misalnya hal yang ditunjukkan oleh anak buah saya sendiri ketika berkaraoke di bawah ini :




     Walaupun dilihat seperti membaca lirik di dalam televisyen tersebut, hakikatnya kanak-kanak ini telah menghafal lirik tersebut. Hal ini disebabkan terlalu kerap mendengar lagu "baik-baik sayang" yang didendangkan oleh kumpulan Wali Band yang tidak kira diperdendangkan sama ada di rumah mahupun di tempat awam. Jika diamati, terdapat beberapa kata-kata yang dinyanyikan tidak jelas bunyinya dan kita tidak faham maksudnya. Hal ini berdasarkan perkataan yang didengar sendiri oleh kanak-kanak ini. Jika kanak-kanak ini boleh membaca, pasti kata tersebut boleh diucapkan dengan jelas dan bermaksud.

     Oleh itu, anak-anak ini diibaratkan seperti kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Janganlah sekali-kali menggunakan kata-kata yang kurang sopan di hadapan kanak-kanak agar mereka sentiasa di ajar dengan bahasa-bahasa yang baik dan tepat.

No comments:

Post a Comment