CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Friday, January 21, 2011

Hendak berbudi, orang berbahasa

     Seringkali kita mendengar "orang berbudi, kita berbahasa", tetapi kali ini saya ingin mengubah sedikit peribahasa ini ekoran terdapat hal yang saya alami mengenainya. Bukan niat hendak mengubah mana-mana ungkapan indah orang Melayu, tetapi adakah ungkapan seumpama ini masih diamalkan oleh masyarakat sekarang? Ataukah hanya diungkapkan di bibir, tetapi perlakuannya jauh menyimpang?

     Hal ini terjadi apabila saya sedang mencari orang dalam melengkapkan gerak kerja pogram PERBAYU saya. Ada seorang insan yang saya dan ramai orang kenali. Beliau ini sangat dihormati dan boleh dikatakan berpangkat besar. Saya mengenalinya sebagai seorang yang bersemangat waja, berpendirian, suka membantu orang lain dan boleh dikatakan beliau merupakan lelaki Melayu terakhirlah. Namun, apa yang mengecewakan saya ialah sewaktu saya menawarkan pertolongan, beliau sanggup menerima pertolongan itu malah diungkapkan dalam khalayak ramai. Saya pun mempercayainya 100% dan akan menghubunginya untuk perkembangan selanjutnya.

     Pada awal pertama saya menghubunginya, saya mendapat maklum balas yang positif. Beliau meminta saya berjumpa dengannya pada hari dan waktu yang ditetapkannya. Melalui percakapannya dari dalam telefon, beliau seakan-akan yakin dengan bantuannya terhadap pertolongan yang saya tawarkan tempoh hari. Langkah kedua, saya telah menemuinya sebagaimana hari dan waktu yang telah beliau tetapkan. Apa yang saya dapat ialah senyuman sinis dan meminta satu tempoh masa untuk beliau berbincang dengan pihak tertentu.

     Beberapa hari kemudian, saya mengambil keputusan untuk pergi ke pejabatnya bagi mendapatkan keputusan bantuannya itu. Saya dibenarkan masuk dan dipersilakan duduk. Saya menanyakan keputusannya untuk membantu gerak kerja saya dan saya merasakan saya telah memberi masa yang cukup kepadanya untuk berbincang dengan pihak yang terlibat. Maka, inilah jawapan yang saya terima daripada mulut beliau :

"Awak serius ke?"

     Saya tersentak kerana saya beriya-iya menelefonnya, menunggunya dan menemuinya tetapi inilah jawapan yang diberi. Tidak nampakkah usaha saya selama ini yang memperlihatkan keseriusan saya?. Kesimpulannya, kalau tidak mahu melakukan sesuatu, katakan sahaja "tidak". Usah berdalih-dalih dengan menggunakan kata-kata yang meyakinkan dengan niat hendak menjaga hati. Jika berterus terang daripada awal, kita boleh memikirkan alternatif  lain dengan cepat dan tidak membazirkan masa dan peluh.



2 comments: