CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday, January 23, 2011

Sedang asyik mengkaji novel



     Salam ukhuwah kepada pelawat-pelawat saya yang sedang membaca catatan saya ini.
Coretan saya pada kali ini berkisarkan tentang kajian novel dalam menyiapkan tugas Modal Insan. Saya disarankan untuk mencari ciri-ciri modal insan yang terdapat di dalam novel yang ingin dikaji. Saya meneliti satu-persatu novel yang ingin saya jadikan bahan rujukan tugasan ini. Menurut sasterawan-sasterawan tempatan, novel mahupun genre sastera digunakan sebagai wadah menyampaikan maklumat mahupun rasa tidak senang terhadap sesuatu perkara kepada masyarakat.

     Sedang saya meneliti novel-novel yang terdapat di dalam perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini, saya terjumpa novel yang dikarang oleh Shahnon Ahmad. Shahnon Ahmad sememangnya penulis yang terkenal dalam penjanaan idea dan kritikan di kalangan masyarakat. Saya teringat beberapa buah novelnya yang menjadi bicara hangat dalam dunia sastera seperti novel "Shit" yang ditujukan untuk Tun Seri Dr. Mahathir dan "Tivi". Jika dilihat, penggunaan kata-kata yang kesat dan kurang sopan telah digunakan olehnya dalam menyatakan perasaannya terhadap masyarakat. Walaupun beliau boleh diangkat sebagai "Raja Novel", namun ekoran daripada pemikiran yang negatif dan penggunaan kata-kata yang kurang elok, beliau hanya dianggap penulis yang setaraf dengan penulis-penulis tempatan yang lain.


Salah satu novel karya Shahnon Ahmad

     Walau bagaimanapun, beliau merupakan pemikir yang berpandangan jauh. Kalau bukan kerana penggunaan bahasa yang kurang sopan di dalam novelnya, beliau pasti diangkat martabatnya. Oleh itu, jagalah penggunaan bahasa kita di dalam penulisan. Bidang penulisan merupakan salah satu wadah dalam menyebarkan idea. Penggunaan bahasa yang baik yang mampu membuka minda masyarakat dan merupakan ciri yang menjadi matlamat penulis-penulis tanah air.




Sasterawan negara Shahnon Ahmad
 






No comments:

Post a Comment