CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday, January 23, 2011

Pendidik Bahasa Melayu

     Baru-baru ini, salah satu kursus yang saya ambil di UPSI ini telah mengadakan microteaching terhadap kelas saya. Saya sendiri turut menjalani pengajaran selama 8 minit dengan perancangan yang telah saya siapkan. Pelbagai komen daripada rakan penilai dan pensyarah yang diajukan kepada saya. Saya menerimanya dengan tanggapan yang positif sebagai penambaikan terhadap diri saya sebelum melangkah menjadi seorang pendidik kelak.

     Apabila saya memuhasabah diri semula, terdapat satu kelemahan yang sering saya ungkapkan malah rakan-rakan saya juga turut melakukan kesilapan itu. Kita merupakan pendidik Bahasa Melayu. Oleh itu, Bahasa Melayu harus menjadi tunjang utama dalam menyampaikan pengajaran. Setelah saya teliti, beberapa patah perkataan Bahasa Inggeris sering terkeluar daripada mulut misalnya patah-patah perkataan yang biasa didengar iaitu sebutan “ok”. Pengalaman saya ketika microteaching turut terkeluar perkataan itu dan terpaksa memperbetulkan perkataan itu dengan menyebut “baiklah”.

     Komen yang saya terima daripada pensyarah adalah kesalahan penggunaan bahasa baku yang telah biasa dilakukan. Perkara ini juga saya amati terhadap diri guru yang sebenar. Guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah juga turut menggunakan campuran bahasa asing itu. Mungkin telah menjadi kebiasaan yang sukar untuk diubah. Jika ingin berubah, mungkin memerlukan masa.

     Oleh itu, saya sebagai bakal pendidik perlu mengambil serius dalam hal ini kerana saya merupakan bakal pendidik Bahasa Melayu kelak, InsyaAllah. Oleh itu, saya perlu mengawal bahasa mulai detik ini agar penyampaian pengajaran lebih berkesan dalam mendukung bahasa kebangsaan.


No comments:

Post a Comment