CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, January 25, 2011

Bahasa Slanga remaja kita

     Bahasa slanga ini semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda.Bukan sekadar penggunaan kata-kata slanga dalam kalangan remaja, malahan bahasa-bahasa kesat telah menjadi kebiasaan dalam pertuturan mereka.  Bagi mereka, bahasa-bahasa demikian menjadikan diri mereka tampak hebat. Bahasa selenga juga tidak terlepas daripada menjadi bahasa iklan terkenal yang mempromosikan produk mereka. Misalnya potongan daripada iklan “unifi”  di bawah ini yang diiklankan oleh artis muda berkumpulan masa kini iaitu "Bunkface" dan dengarlah bahasanya iaitu :


 "Laju dowh!"


    
Jika diteliti di dalam mana-mana kamus bahasa Melayu, kata “dowh” tidak membawa maksud apa-apa tetapi mempunyai makna tersendiri yang difahami oleh para penggunanya. Selain “dowh”, terdapat beberapa kata slanga
yang popular dalam penggunaan pertuturan remaja kini seperti “siot ”, “cilabai” dan pelbagai lagi. Namun, pihak media juga seperti menggalakkan penggunaan bahasa slanga ini dengan tidak menapis dahulu kata yang tidak membawa maksud dalam bahasa Melayu. Mungkin hal seumpama ini hanya sekecil kuman, namun bagi yang sensitif terhadap bahasa, persoalan sering berlegar di ruang minda mereka. Dimanakah letaknya peradaban dan kesantunan bahasa. Seharusnya generasi mudalah sebagai penyambung warisan bahasa Melayu ini dan tidak merosakkannya dengan kata-kata yang tidak sopan. Renungilah  slogan ini “bahasa jiwa bangsa”. Jika rosak bahasa, rosaklah bangsa.


1 comment:

  1. kalau xda bahasa slanga xda guna laa dalam silibus bahasa melayu tingkatan 6, bawah tajuk variasi bahasa , kami belajar ,dan perlu buat kerja kursus kaji tentang bahasa slanga, dan dari sini juga saya jumpa blog awak ..kadang-kadang ada yang kita perlu fikir benda tue baik walaupn mencemarkan bahasa..terima kasih banyak2 atas perkngsian..sekian

    ReplyDelete