CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, March 15, 2011

Bahasa dan teater



      6 Mac 2011 merupakan tarikh yang menjadi kenangan abadi kepada diri saya kerana pada tarikh tersebut telah memberi peluang untuk berteater buat kali yang pertama. Jika sebelum ini hanya berpengalaman dalam berdrama sebanyak dua kali, namun pengalaman berteater terdapat sedikit cabaran berbanding berdrama. Hal ini disebabkan teater kali ini merupakan anjuran terbuka UPSI dan saya sendiri bersama produksi Cicit Mak Dara telah mewakili Fakulti Bahasa dan Komunikasi dalam Festival Teater UPSI tersebut.

     Barisan juri yang mengadili teater saya juga terdiri daripada penggiat-penggiat teater yang hebat. Banyak komen yang diujarkan kepada produksi saya dan kami semua mengambil komen tersebut sebagai satu input bagi membuat penambahbaikan pada masa yang akan datang. Salah satu komen yang ingin saya kongsikan di sini ialah berkaitan dengan bahasa yang dikesan oleh juri tersebut. Juri tersebut telah mengaitkan bahasa dengan pewakilan Fakulti Bahasa dan Komunikasi melalui teater yang telah saya dan produksi persembahkan. Satu persoalan yang timbul daripadanya ialah kami terlalu menjaga bahasa sedangkan dalam realiti kehidupan, bahasa-bahasa mudah dan bahasa rojak sering kali digunakan.

    Secara peribadinya, saya berpendapat bahawa tidak salah jika kita mengetengahkan Bahasa Melayu kita dalam teater. Hal ini disebabkan jarang sekali orang berteater dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Hal ini boleh dijadikan satu kelainan yang kami persembahkan. Kita juga boleh menggunakan medium teater sebagai salah satu cara untuk pengembangan bahasa. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan, bukan diperlekehkan.




Bersama produksi Cicit Mak Dara








Antara babak tegang yang dilakonkan




No comments:

Post a Comment