CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, March 17, 2011

Sebutan mengikut huruf

     Pagi ini, saya telah mempelajari satu lagi perkaitan bahasa dalam kehidupan. Kadang kala, kita tidak sedar walaupun kita telah bertutur dalam bahasa baku, tetapi masih lagi ada kesalahan bahasa yang tidak sengaja dilakukan. Misalnya pembentangan yang telah saya saksikan tadi. Pensyarah telah menegur beberapa kata yang tidak disebutkan dengan lengkap. Walaupun kelihatan mudah, namun sedikit sebanyak dapat membuka minda saya untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang teguran tersebut.
    
     Dalam pengisian Fonetik dan Fonologi, setiap huruf harus disebut dengan jelas. Misalnya teguran yang telah dibuat tadi berkenaan dengan kata “getar” yang telah disebut dengan sebutan “geta”. Situasi ini seperti menggugurkan huruf “r” dan telah menjadi kebiasaan dalam pertuturan harian. Bukan setakat huruf “r”, terdapat beberapa huruf lain yang juga secara tidak langsung kita gugurkan dalam suatu pertuturan misalnya huruf “h”. Contoh kata :

Boleh – Bole
Toleh – Tole
Timah – Tima
Marah – Mara

Gitar – Gita
Tidur – Tido
Sedar – seda
Mekar – meka

     Kesimpulannya, dalam berbicara mengenai bahasa Melayu Tinggi, penggunaan sesuatu bahasa perlulah diselidiki. Penyelidikan mengenai bahasa perlulah diambil kira walau sekecil-kecil kesalahan bahasa perlulah dielakkan. Hal ini bagi memudahkan kejelasan sesuatu pertuturan agar kata-kata yang dilontarkan dapat didengar dengan jelas dan terang.



No comments:

Post a Comment