CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, March 15, 2011

Retorik

     Karnival di Kolej Harun Aminurrashid baru sahaja berakhir. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan. Di samping itu, pembukaan jualan turut menarik minat siswazah-siswazah UPSI untuk membeli-belah. Seperti air duit saya dibuatnya kerana terlalu gemar dengan barang-barang yang dijualkan. Namun, ada satu hal yang membuatkan saya sedikit tidak berpuas hati. Bukan tidak berpuas hati kepada aktiviti anjuran Kolej Harun Aminurrashid ini, tetapi terhadap salah seorang penggerai yang pandai bermain kata.

     Ingin dijadikan cerita, sewaktu saya melewati hadapan gerainya, penggerai ini panggil untuk melihat barang-barang yang dijualnya. Saya pun masuk ke gerainya dan melihat-lihat barang-barang jualannya. Penggerai ini pula menggunakan pelbagai-bagai jaminan agar saya membeli barangannya. Sehingga satu tahap, penggerai ini mengatakan barangan yang dijualnya amat berkualiti dan tidak akan rosak. Disebabkan barangan yang ditawarkan merupakan barangan yang saya perlukan untuk masa akan datang, saya akhirnya membelinya. Manakala, penggerai itu dengan yakinnya telah memberikan surat waranti kepada saya.

     Setibanya saya di rumah, saya mencuba menggunakan barangan itu dengan berhati-hati. Namun tidak sampai seminit barangan itu rosak. Saya berfikir semula, jika barang ini berkualiti dan siap ada waranti, tidak mungkin barang ini akan rosak sedangkan saya baru sahaja membelinya. Beginilah asam garam peniaga-peniaga di Malaysia. Mereka hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kebajikan dan keselamtan orang yang membelinya. Mereka sanggup memperdaya pelanggan dengan menggunakan kata-kata. Semua itu retorik semata-mata.
 



No comments:

Post a Comment