CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday, March 13, 2011

Sedarlah, hujan batu di negeri sendiri

     Sering kali saya mendengar istilah Dasar Pandang Ke Timur. Dasar ini merupakan cetusan daripada mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.

     Saya melihat negara Jepun dan Korea  merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun dalam beberapa bidang. Bahkan, mereka lebih maju sektor peradabannya jika dibandingkan dengan negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi yang bukan sahaja dalam pengurusan dan pembangunan sektor awam atau swasta, malah berjaya mendidik dan disiplinkan masyarakatnya.

     Dari aspek masyarakatnya pula, saya melihat mereka amat berpegang teguh dalam kebudayaan masyarakatnya tanpa berpaksikan barat. Mereka juga amat mengagungkan bahasa mereka dengan menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Namun, mampukah bangsa kita mengikut contoh kedua-dua negara ini sedangkan kita sendiri masih terikut-ikut dengan kehidupan bebas Barat. Saya ingin mengajak pembaca blog saya ini meninjau masalah masyarakat yang berlaku di sekeliling kita. Adakah mereka juga mengangkat peradaban ibunda khususnya bangsa Melayu?

     Kadang kala saya melihat masyarakat kini mencanangkan bahawa kita perlu pandang ke timur tapi dari pemerhatian saya, kita lebih berpaksikan kepada negara Barat dengan gaya hidup, cara ekonominya, nama-nama jalan dan nama-nama bangunan besar yang amat dibanggakan. Adakah kita sudah mencapai kemajuan dan kemerdekaan yang selama ini kita impikan sepenuhnya?

    Pada pandangan saya, kita masih lagi dijajah. Namun, bukan dijajah yang melibatkan ledakan meriam dan senapang, tetapi dijajah pemikiran. Misalnya, anak-anak muda masa kini masih lagi meniru gaya hidup masyarakat barat dengan peniruan sikap dan cara pemakaian. Hilang semua ciri-ciri Melayu apabila anak bangsa kita dilihat sering menindik telinga dan lidah, mewarnakan rambut, tidak menghormati orang tua, melepak di bahu-bahu jalan dan melakukan vendalisme. Sedar atau tidak, mereka ini yang akan menyambung warisan bangsa dan kemajuan negara. Kadang kala, sakit mata saya melihat remja-remaja bawah umur tanpa segan silu berasmara di hadapan khalayak umum. Saya sendiri yang merasa segan apabila lalu di situ. Berpalinglah semula kepada adab orang Timur. Janganlah jadi seperti Barat yang kebanyakkannya telah runtuh akhlak dan akidahnya.


No comments:

Post a Comment