CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, March 15, 2011

Bahasa sendi tamadun bangsa

     Sempena penukaran penasihat Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) baru-baru ini, saya bersama beberapa orang ahli PERBAYU yang lain telah mengadakan perjumpaan dengan penasihat PERBAYU kini iaitu Dr. Zulkeflee B. Yaacob. Dr. Zul telah menggantikan Dr. Siti Saniah yang sebelum ini juga menyandang jawatan yang sama. Pada pertemuan pertama kami dengan Dr. Zul,  terdapat beberapa pandangan yang telah beliau utarakan. Salah satunya ialah berkaitan dengan motto PERBAYU.

     Sebelum ini, motto PERBAYU ialah "Bahasa Cerminan Bangsa". Motto ini  memperlihatkan bahasa dari pelbagai perspektif ketamadunan, khususnya yang berpadanan dengan tahap-tahap realiti kemanusiaan. Saya berpendapat bahawa betapa pentingnya dasar dan peranan bahasa, termasuklah nilai-nilai yang wujud dalam bahasa tersebut apabila membentuk dan menghasilkan sesuatu tamadun terutamanya tamadun Melayu.     Oleh sebab manusia tidak boleh hidup sendirian, manusia perlu berhubungan sesama mereka. Untuk menjalin hubungan tersebut, cara yang paling mudah adalah menerusi pertuturan, iaitu bahasa yang pada asasnya terdiri daripada kepelbagaian bunyi. Tulisan pula merupakan asas kepada lukisan, khususnya dari perspektif perkembangan tamadun.

     Walaupun semua makhluk dapat berbahasa, hanya manusia yang mempunyai kebolehan kreatif dan kebolehan itu berpandukan kebolehan berbahasa. Daripada ilmu matematik itulah pelbagai reka bentuk dan aspek tamadun dapat diusahakan. Kini, tampuk penasihat PERBAYU telah diambil alih oleh Dr. Zul. Beliau mempunyai pendapat tentang motto baru PERBAYU. Beliau telah mencadangkan agar menggunakan motto "Bahasa Sendi Tamadun Bangsa" untuk motto PERBAYU kali ini. Beliau yang mempunyai pandangannya tersendiri berpendapat bahawa, bahasa diibaratkan sebagai sendi yang menjadi tunjang dalam memperkukuhkan tamadun bangsa terutamanya bangsa Melayu. Menurutnya lagi, tanpa sendi yang kukuh dalam berbahasa, kepincangan dalam masyarakat Melayu akan menerima keruntuhan tamadunnya. Melalui bahasalah orang lain akan menilai kehebatan sesebuah masyarakat tersebut.

     Oleh itu, fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlulah dipertahankan, bukannya diabaikan. Begitu juga dalam pertuturan harian, bahasa amat memainkan peranan yang penting. Negara yang mengabaikan bahasanya sendiri akan meninggalkan kesan terhadap penjajahan rasa, perasaan, akal dan kepercayaan, kerana nilai sesuatu bangsa terletak pada bahasanya.

Dr. Zulkeflee B. Yaacob, Penasihat PERBAYU

 

Sebahagian ahli-ahli PERBAYU bersama AJK-AJK yang menjayakan salah satu program PERBAYU



No comments:

Post a Comment