CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Monday, March 14, 2011

Indah bahasanya

    Bahasa Melayu terkenal dengan bahasa kiasan dan kesopanannya. Bahkan, pensyarah-pensyarah bahasa juga ada yang terdiri daripada tokoh-tokoh sastera tempatan. Nama-nama unggul seperti A. Halim Ali, Talib Samat, Rosli Saludin dan Arif Mohammad antara nama-nama yang terkenal dengan penulisan kreatif dan penggunaan bahasa yang indah. Baru-baru ini, saya bersama dengan beberapa orang rakan saya telah menjalankan satu kajian mengenai seorang tokoh sastera dalam kursus Keterampilan Penulis yang dikelolai oleh Dr. Halim Ali. Kami bersepakat untuk menemu ramah dengan seorang tokoh sastera iaitu Ramli Daud, seorang sastera peneroka di Felda Sungai Klah, Perak.




Ramli Daud

     Tujuan kami menemu ramah beliau adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai biografi dan pengalaman menulis karya beliau. Di samping itu, saya amat tertarik dengan gaya bahasa panggilan yang ditujukan kepada kami. Tokoh ini telah membahasakan diri kami dengan panggilan "anakanda". Saya yang mendengarnya amat menyenangi penggilan  itu kerana sebelum ini tidak pernah lagi orang menggelarkan diri saya dengan gelaran seumpama ini. Namun, bagi diri beliau pula, beliau lebih mesra dengan panggilan "pak cik". Selepas kami melangkah kaki untuk pulang, beliau sempat memberikan laman facebooknya kepada kami. Selepas kami pulang, kami berhubung semula dengan beliau. Disebabkan panggilan "anakanda" masih kekal ditujukan kepada saya, saya tanpa segan silu menukar panggilan dirinya daripada "pak cik" kepada "ayahanda" ketika berhubung di facebook. Kami selesa dengan panggilan itu dan terus kekal sehingga hari ini.

     Saya amat menyanjung tinggi ayahanda Ramli Daud atas sifat kebapaan dan keramahannya. Sifatnya yang bersahaja dan penyayang merasakan beliau seperti ayah saya sendiri. Semuanya bermula dengan kata sapaan "anakanda". Sungguh indah panggilan itu. Calang-calang orang untuk menggunakan panggilan tersebut. Mungkin ayahanda Ramli Daud ini seorang ahli sastera, beliau telah mempelbagaikan bahasa menjadikan bahasa yang telah biasa diolah  menjadi bahasa yang indah.



Kenangan bersama ayahanda Ramli Daud


No comments:

Post a Comment