CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, March 15, 2011

"Terima kasih" kalimah penghargaan

     Sepatah kata-kata kadang kala boleh membuatkan seseorang yang mendengarnya memberikan pelbagai persepsi terhadap diri penutur. Misalnya ungkapan "terima kasih" sering sahaja digunakan setelah sesuatu perkara dapat dilaksanakan dengan menggunakan khidmat seseorang. Ungkapan "terima kasih" juga merupakan ungkapan yang sopan dan lebih bernilai daripada pemberian sebarang ganjaran. Secara peribadi, saya sendiri akan merasa berbangga dan gembira jika ada pihak yang berterima kasih di atas usaha yang telah dilakukan. Akan tetapi, "terima kasih" memang mudah diucapkan, tetapi sulit untuk menjadi suatu kebiasan. Mungkinkah disebabkan kelas sosial atau status yang diperolehnya. Harus kita ingat bahawa "terima kasih" ini juga merupakan suatu ucapan yang memiliki dimensi bahawa kita merupakan makhluk sosial yang selalu memerlukan bantuan daripada orang lain.

     Begitulah hebatnya panahan ungkapan "terima kasih" daripada penutur kepada orang yang disampaikan. Kadang kala rasa letih membuat kerja menjadi hilang jika orang yang kita bantu itu melontarkan ucapan "terima kasih" kepada diri kita. Terasa diri ini lebih dihargai. Malah, saya juga meneliti pemandu bas di UPSI sendiri yang membawa bas berhari-hari untuk menghantar dan mengambil mahasiswa dan mahasiswi UPSI dari kolej ke dewan kuliah . Saya melihat pemandu-pemandu bas ini tersenyum apabila mahasiswa dan mahasiswi yang menaiki basnya mengucapkan terima kasih setelah penat memandu bas seharian. Walaupun ungkapan "terima kasih" ini ditujukan kepada sekecil-kecil hal, namun akan memberi seribu makna terhadap diri seseorang kerana ucapan ini dapat memberi sekurang-kurangnya kekuatan tenaga positif bagi penerimanya

     Oleh itu, ringankanlah mulut kita untuk mengucapkan dua patah perkataan iaitu "terima kasih" kepada orang yang memberikan perkhidmatan kepada diri kita. Ungkapan sederhana yang terdiri daripada dua kata, tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam dan memiliki erti yang besar bagi yang penerimanya. Seungguhnya, ucapan ini dapat memberi peneguhan yang positif yang dapat meningkatkan semula kekuatan diri sendiri.


Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment