CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, March 17, 2011

Munsyi Abdullah

Hikayat Abdullah
   

      Pada hari ini, kelas Karya Agung telah mengadakan pembentangan kumpulan kedua yang membincangkan Hikayat Abdullah. Saya telah didedahkan dengan latar belakang hidup Munsyi Abdullah dan falsafah-falsafah yang telah dihuraikan oleh kumpulan pembentang. Pensyarah yang menjadi pengelola kelas ini ialah Prof. Emeritus Abdullah Hassan. Saya amat mengenali keperibadian Prof. Ameritus Abdullah Hassan yang amat teliti mengenai bahasa. Beliau pernah mengemukakan rasa tidak puas hati terhadap isu PPSMI yang pernah hangat diperkatakan suatu masa dahulu. Beliau juga boleh menjadi mentor bahasa Melayu yang baik di samping mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

     Kembali kepada situasi yang ingin saya kongsi di sini berkenaan dengan pembentangan kumpulan yang diketuai oleh rakan sekelas saya. Dalam pembentangan tersebut, terdapat beberapa teguran yang dikemukan oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang pertuturkan oleh rakan pembentang. Antaranya ialah penggunaan Munsyi pada awal atau akhir sesuatu nama.

     Menururt Prof. Emeritus Abdullah Hassan, “Munsyi” bermaksud guru. Kebanyakan orang mengungkapkan “Abdullah Munsyi” dan menjadi kebiasaan untuk menyebut dengan susunan kata sedemikian. Beliau menegaskan penggunaan “Munsyi” ini perlu di awal sesuatu nama. Hal ini merupakan struktur susunan nama yang betul. Alasannya, penggunaan “Munsyi Abdullah” merupakan susunan kata bahasa Inggeris yang diserapkan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami telah ditegur agar menggunakan struktur susunan kata yang betul dengan menyebut “Munsyi Abdullah”.

     Selain itu, gaya penampilan semasa membentang juga ditegur oleh beliau. Termasuklah gaya berdiri yang betul dengan menggunakan kedua-dua belah kaki agar kedudukan ketika berdiri menjadi stabil. Seorang bakal guru perlu menunjukkan keperibadian yang meyakinkan serta menunjukkan identiti seorang guru yang berkualiti. Contoh terdekat yang boleh saya jadikan model seorang pendidik bahasa adalah dengan mencontohi keperibadian pendidik Prof. Emeritus Abdullah Hassan. Beliau berani menegur kesalahan pelajarnya demi membentuk keperibadian pelajar sebagai pendidik yang unggul secara terus.


Pembentangan kuliah Karya Agung







No comments:

Post a Comment