CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Friday, March 18, 2011

Berjiwa muda

     Hari ini hari kedua kolej kediaman jiran saya iaitu Kolej Ungku Omar mengadakan satu karnival. Pada malam ini pula ada jemputan artis iaitu kumpulan nasyid UNIC bagi mengadakan persembahan. Walaupun suatu masa dahulu saya amat meminati salah seorang vokalisnya iaitu Fitri, namun malam ini saya hanya dapat mendengar lagu-lagunya sahaja kerana saya ada kerja yang perlu dibuat di bilik ini. Sambil menaip, saya menghayati satu-persatu lagu-lagu nasyid yang didendangkannya. Sambil menaip kerja di hadapan komputer riba saya ini, saya membuka laman sosial saya iaitu facebook untuk merehatkan mata seketika.

     Sedang saya leka melihat komen-komen di  facebook ini, salah seorang pensyarah yang saya kenali telah memasuki ruangan bualan saya. Di sini, saya akan menggelarkan pensyarah ini dengan panggilan pensyarah "x" sebagai menutup identiti sebenar beliau. Beliau boleh saya anggap sebagai "atuk" kerana usianya hampir dengan usia atuk saya. Saya seperti biasa membalas bualan-bualan yang diajukan. Ikuti dialog-dialog bualan menerusi ruangan bualan antara saya dengan beliau.

x       : Ada apa di kolej?
saya  : Maksud x KUO ke? Kalau KUO ada karnival. Sekarang ni pun sedang berlangsungnya persembahan nasyid UNIC. Datanglah.
x       : Saya letih hari ni.
Saya : Oh, kalau letih rehatlah di rumah ye.
x       : ANA RAFALI tak datang ke?
Saya : ANA RAFALI?

Anggota awal kumpulan nasyid UNIC

Ana Rafali


     Begitulah dialog perbualan di laman sosial facebook antara saya dengan pensyarah "x". Pernyataan beliau terhadap keinginan kehadiran Ana Rafali membuatkan saya ketawa kecil. Tidak mungkin pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25  ini akan dapat menjejakkan kaki di sini ekoran kos artis yang mahal dan terkenal. Hanya kadang kala terdetik di hati ini, jemputan nasyid ini juga tidak kurang hebatnya. Suatu ketika dahulu, kumpulan nasyid ini popular dengan lagu "Hanya tuhan yang tahu". Lebih-lebih lagi, jemputan seumpama ini mempunyai kebaikan yang tersendiri seperti menyampaikan dakwah melalui nyanyian berbanding dengan artis-artis yang membawa lagu-lagu yang belum tentu ada mesejnya.

     Lebih mengejutkan lagi, pada usia ini, pensyarah "x" ini juga meminati dengan artis muda, cantik dan terkenal seperti Ana Rafali. Siapa sangka usia sebegini berjiwa muda remaja. Segala-galanya tidak mustahil kerana manusia mempunyai ragam yang berbagai-bagai.Kadang kala, apabila kita mengetahui tentang sesuatu persepsi,  kita akan berpegang persepsi itu dan menganggap semua yang berkaitan adalah sama. 
 Minat dan tanggapan manusia juga berbeza-beza. Oleh itu, jangan fikir semua orang adalah sama sahaja.  



Bersama kumpulan nasyid Destiny



No comments:

Post a Comment