CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, March 15, 2011

Satu tanda baca mengundang seribu makna

     Minggu ini merupakan minggu yang paling memuncak dalam hidup saya yang bergelar mahasiswi. Minggu ini merupakan minggu menghantar tugasan. Di samping itu, gerak kerja Program PERBAYU iaitu Minggu Bahasa juga harus dijalankan. Oleh itu, perancangan masa perlu dilakukan segera agar tidak mengganggu urusan antara satu sama lain.

     Apabila terlalu sibuk dengan kerja, kita pasti tidak boleh lari daripada tekanan. Apabila tekanan menguasai diri, pelbagai perspektif negatif akan mengganggu fikiran dan emosi. Saya sendiri tidak terlepas daripada menghadapi tekanan seperti ini. Tetapi alhamdulillah, setakat ini, saya masih boleh mengawal emosi saya dan menghadapi tekanan dengan tenang. Hal ini mungkin disebabkan saya telah merasai pelbagai tekanan sejak saya menjadi Rakan Exco KHAR pada semester 1 dan 2, lalu diteruskan dengan jawatan JMK KHAR pada semester 3 dan 4, lalu bersambung dengan organisasi PERBAYU pada semester 5 sehingga kini.

     Kadang-kadang memang ada keluh-kesah yang terkeluar daripada mulut saya kerana terlalu berat menghadapi tekanan. Namun saya berfikiran positif dengan menganggapnya sebagai satu proses pembelajaran. Saya juga melihat ada rakan-rakan saya yang tidak mampu menghadapi tekanan sehingga melakukan tindakan di luar jangkaan dan secara tidak sengaja. Antara tindakan yang biasa dilakukan ialah dengan menghantar satu mesej dengan satu tanda baca sahaja telah membuatkan bermacam-macam persepsi kepada orang lain. Contoh mesej yang ditaip ialah :

"Tolong hantar buku ini sekarang!"

    Mesej yang dihantar ini boleh mengejutkan orang yang menerima mesej. Pasti orang yang mendapat mesej seperti ini  tergamam seketika apabila membaca mesej yang diberikan. Adalah lebih baik menggunakan kata-kata yang lebih baik dan lembut dalam menyuruh orang melakukan kerja. Tanda seru dibelakang ayat menjadikan mesej ini kurang sopan dan melemahkan orang yang disuruh untuk melakukan kerjanya. Walaupun di pihak yang memberikan mesej ini memerlukan tindakan yang cepat, tetapi bahasa yang digunakan perlulah beretika. 



No comments:

Post a Comment