CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, March 17, 2011

Bawa mulut

     Isu “bawa mulut” sering kali dianggap negatif oleh masyarakat Melayu kerana kesannya boleh membawa padah kepada penutur dengan orang yang dikata. Saya sering kali melihat orang yang selalu “membawa mulut” ini sering menjaja keaiban orang kepada orang yang lain. Implikasinya, keaiban orang yang dikata akan tersebar dan mungkin juga boleh membawa finah ke atas orang itu. Lazimnya, orang yang suka “membawa mulut” ini sedikit sebanyak akan menokok tambah cerita yang disampaikan.

     Apabila cerita itu telah sampai kepada orang yang seterusnya, penokokan cerita yang lain pasti akan terjadi. Hal seperti inilah boleh menjadi fitnah kepada orang yang dikata. Selain itu, penyelewengan kebenaran akan timbul. Oleh sebab itu, masyarakat kita mencemuh perbuatan-perbuatan seperti suka mengata dan “menjaga tepi kain orang” lalu menjaja kepada orang lain. Adat Melayu juga menegah perkara-perkara tersebut. Hal ini disarankan agar masyarakat Melayu sentiasa mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain.

     Dalam peribahasa Melayu juga ada mengajar kita agar tidak suka mengata dan menyebarkan keaiban orang kepada orang lain. Misalnya, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Maksud peribahasa ini jelas mengatakan kerana kata-kata yang dikeluarkan, diri sendiri yang menerima padah. Oleh itu, binalah hubungan baik sesama kita. Jangan mengaibkan orang lain jika tidak ingin diri sendiri diaibkan. Tiada manusia yang sempurna daripada segalanya. Oleh itu, sebelum mengata orang lain, cerminlah dulu diri sendiri sama ada layak untuk mengata orang atau tidak. Jika takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai.




No comments:

Post a Comment