CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, March 17, 2011

Kata-kata penyuntik semangat

Dato' Lee Chong Wei

Pemain bola sepak negara

     Malaysia Boleh! Inilah laungan semangat peminat-peminat badminton negara apabila menyaksikan pertandingan badminton yang diadakan baru-baru ini. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengikuti perjalanannya dan meyokong pasukan negara yang diketuai oleh Dato' Lee Chong Wei dalam misi memburu kemenangan arena badminton. Laungan ini juga telah menyuntik semangat pasukan bola sepak negara yang mendapat jolokan sebagai pasukan "Harimau Malaya"  yang memenangi Piala Suzuki baru-baru ini.

     Kata-kata semangat ini seakan-akan menghidupkan jiwa orang yang ditujukan agar dapat melakukan sesuatu yang terbaik. Dalam kem motivasi sendiri, kita memerlukan kata-kata semangat agar kita lebih bermotivasi dalam membuat sesuatu perkara. Nilai saling memberikan kata semangat harus diadaptasikan agar hubungan antara dua pihak menjadi lebih erat dan saling memerlukan. Kata-kata semangat boleh dikatakan sebagai bahasa yang membina serta boleh membangkitkan inspirasi bagi mencapai kejayaan.
    


Semangat berpasukan dalam menghadiri kem motivasi - gambar hiasan

     Hal ini bermula dengan kata-kata yang baik dan tersusun agar pendengar yang mendengarnya tidak bertambah tertekan dengan kata yang diberikan. Selain daripada mendorong seseorang untuk bersemangat dalam melakukan sesuatu, kata-kata semangat ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang. Melalui kata-kata semangat juga boleh membantu kesulitan yang dihadapi oleh seseorang melalui aspek psikologi. Kata-kata inspirasi ini dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian yang hampir padam. Hal ini terjadi kepada rakan saya.

     Rakan saya baru-baru ini sedang menghadapi pelbagai dugaan di dalam hidupnya. Dugaan yang diterimanya amat berat dan hampir-hampir dia berputus asa. Saya yang tahu akan keadaannya segera memberikan kata-kata semangat agar dia tidak lagi kecewa. Rakan-rakan yang lain turut membantu dirinya dengan memberi kata-kata dorongan agar dia tidak cepat mengaku kalah. Berkat dorongan dan doa, dia kini berjaya mencapai impiannya.    
    
     Semua orang di muka bumi ini memerlukan kata-kata semangat sebagai pendorong untuk membuat sesuatu perkara. Kata-kata dorongan ini boleh membangkitkan semangat dikala seseorang itu hampir berputus asa dalam melakukan kerja. Di samping itu, kata-kata dorongan ini boleh menjadikan jiwa seseorang itu menjadi tenang kerana merasakan dirinya ada orang yang masih ingin bersamanya walau dalam keadaan yang susah. Dia juga merasa lebih selesa jika rakan yang mendorongnya sudi berkongsi masalah dan mendengar segala luahan hatinya.
  


No comments:

Post a Comment