CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Monday, March 14, 2011

Hanya daripada dunia hiburan

     Pada masa kini, filem seram komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah kian hangat diperkatakan. Walaupun saya sehingga sekarang masih tidak sempat untuk menonton filem itu disebabkan tugasan yang semakin bertambah, namun saya tahu filem ini telah mencuit hati masyarakat. Rakan-rakan saya sering menceritakan jalan cerita filem ini kepada saya dan mengatakan adalah satu kerugian jika tidak menontonnya. Namun bukan jalan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini yang ingin saya ceritakan di dalam entri blog saya ini. Saya ingin berkongsi bagaimana sesebuah filem boleh mempengaruhi pertuturan masyarakat sehingga menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian.

     Sering kali juga saya mendengar beberapa perkataan yang digunakan oleh rakan saya yang dipetik daripada filem ini misalnya :
"Kita bako je"
"ce cite ce cite"

     Saya difahamkan dialog-dialog ini telah tersebar luas dan digunakan sebagai bahasa jenaka masyarakat tidak kira usia. Saya melihat perkara ini seperti rantaian yang saling bersambungan kerana filem sebelum ini juga sering terbawa-bawa ke pertuturan harian. Selain daripada pengaruh filem, pengaruh daripada lagu juga sering diikuti oleh masyarakat dan meniru kata-kata tertentu daripada sesebuah lagu tersebut. Misalnya lagu daripada One Nation Amcee yang bertajuk "Adaku Kisah". Perkataan  "Adaku Kisah" juga hangat dalam penggunaan komunikasi masyarakat suatu masa dahulu dan masih ada segelintir yang menggunakannya pada masa kini. Artis-artis dan personaliti hiburan yang lain juga memainkan peranan dalam mempengaruhi bahasa kepada tatapan umum. Misalnya Farah Fauzana yang mempunyai kata yang tersendiri atau "trade mark" iaitu "layan". Lebih-lebih lagi Farah Fauzana ini sering kali dilihat di kaca televisyen dan radio membuatkan wadah yang digunakan mudah disampaikan kepada masyarakat.
   
      Bila saya teliti semula, adakah bahasa-bahasa mudah disampaikan melalui dunia hiburan berbanding dunia akademik yang selalu diusahakan oleh pihak-pihak pembangunan bahasa seperti seminar mahupun pameran. Saya juga melihat bahasa-bahasa yang telah dipengaruhi oleh dunia hiburan ini amat cepat diadaptasi oleh masyarakat. Tidak salah jika ada usaha mengembangkan bahasa melalui kerjasama dengan para artis di Malaysia. Misalnya menggunakan gaya bahasa Bahasa Melayu Tinggi sebagai mengembangkan kosa kata Melayu ke pendengaran masyarakat kini.



No comments:

Post a Comment