CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Wednesday, March 16, 2011

Kudapan atau makan tengah hari?



     Salah seorang rakan serumah saya baru-baru ini telah mengadakan kajian ke sebuah tadika.  Dia dipertanggungjawabkan untuk mengkaji menu di tadika tersebut. Setelah selesai membuat kajian, dia telah meminta kepada saya menyemak laporan kajian yang telah dibuatnya. Saya dengan senang hati membantu rakan serumah saya ini yang mengambil Program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Setelah saya meneliti laporan yang diberikan, saya terpandang gambar yang telah diambil oleh rakan saya ini. Gambar tersebut ialah gambar menu makanan tadika tersebut seperti yang telah saya muat naik gambar di atas.

     Di sini, saya dapat mengesan kesalahan golongan kudapan dan senarai makanan yang ada di bawahnya. Menurut kamus, kudapan mempunyai beberapa maksud seperti :
  •  Makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.
  • Makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam.
  • Manakala maksud pengudap ialah pengudap orang yang suka mengudap.

     Oleh itu, makanan berat seperti nasi putih dan semua lauk-lauknya tidak sesuai digolongkan sebagai kudapan. Makanan berat ini sesuai diletakkan di bawah makanan tengah hari atau makan malam. Oleh itu, situasi ini terdapat kesalahan menggunakan istilah dalam menyenaraikan subbawahnya.

No comments:

Post a Comment