CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, March 17, 2011

Dia yang salah cakap atau kita yang salah dengar

     Bahasa secara umunya digunakan untuk bercakap bagi menyampaikan maksud penutur. Namun, tidak semua komunikasi dapat berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan kerana kadangkala bahasa yang digunakan itu kurang jelas sehingga menjadi gangguan kepada komunikasi. Salah satu gangguan komunikasi ialah kekaburan dalam bahasa.

     Kekaburan boleh berlaku dalam bentuk tulisan dan penulisan. Kita sering tersalah tafsir makna apabila sesuatu pertuturan itu dipertuturkan dengan cepat. Dalam komunikasi lisan, kekaburan itu berlaku apabila intonasi jeda pada atau frasa salah diucapkan. Contohnya ayat di bawah ini :

Membeli di kantin.

     Jika kita menutur dengan cepat, bunyinya akan kedengaran seperti “membeli kantin”. Hal ini seperti menggugurkan “di” daripada ayat tersebut. Kesimpulannya, komunikasi boleh terganggu disebabkan adanya kekaburan dalam menggunakan bahasa dari sudut jeda. Kekaburan berkait dengan penggunaan bahasa dan konteks bahasa itu digunakan. Oleh itu, dalam berbahasa, kita perlu mengurangkan kekaburan dengan menggunakan kata, frasa atau ayat yang tepat dan jelas bagi memudahkan orang lain mentafsir makna lisan ataupun tulisan.



No comments:

Post a Comment