CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Friday, March 18, 2011

Bahasa menunjukkan bangsa


 
     Allyarham P.Ramlee sememangnya dikenali sebagi seniman yang serba boleh. Pelbagai watak dan dan peranan telah pun dilakonkannya. Banyak perkara yang dilalui oleh Allahyarham demi mengukur namanya di persada seni tanah air. Berdepan dengan masalah kontrak dan juga gaji, Allyarham tetap tabah mengharunginya.

     Filem Allayarham P.Ramlee mempunyai kekuatan yang tersendiri sehingga semua lapisan masyarakat meminati filem-filem di bawah arahannya. Filem-filem ini banyak mengandungi mesej yang berguna seperti yang telah saya muat naik sedutan filem daripada filem Seniman Bujang Lapok. Di sini, Allayarham P.Ramlee menunjukkan mesej bahawa semua orang harus menyapa orang lain dengan panggilan yang baik. Contoh sedutan filem ini mengajar kita cara menyapa orang dengan panggilan hormat. Sedutan filem di atas menunjukkan watak yang ditunjukkan oleh Sudin dalam menyapa seorang pengawal keselamatan di kawasan tersebut adalah kurang sopan dengan sekadar memanggil "woi woi" sahaja. Hal ini telah membuatkan pengawal keselamatan itu merasa agak marah kerana semua orang ada nama yang boleh dipanggil.

     Dalam bahasa Melayu Tinggi ada mengajar kata-kata sapaan yang boleh diguna agar teguran kita menjadi lebih sopan. Contoh kata sapaan yang mudah serta boleh digunakan secara umum ialah panggilan "saudara" dan "saudari". Panggilan ini lebih manis berbanding daripada memanggil orang denagan menggunakan kata "woi woi" atau seumpamanya. Lebih-lebih lagi jika anak muda ingin menyapa orang yang lebih berusia. Kata-kata haruslah dijaga agar tidak terguris perasaannya dan elakkan diri daripada bersikap kurang ajar.

     Filem-filem Allahyarham P.Ramlee boleh dikatakan sebagai filem agung kerana kebanyakan filem-filem yang disumbangkannya mengandungi banyak input bermanfaat yang boleh diambil sebagai teladan. Sehingga hari ini, filem-filem yang dibintangi dan diarahnya masih segar di hati masyarakat. Filem-filem beliau juga bukan sahaja diminati oleh masyarakat Melayu, bahkan masyarakat Cina dan India juga ada yang memnyukai filem-filem tersebut. Melaui mesej yang berguna yang hendak disampaikan oleh beliau dilihat mampu diperluas dan berjaya membawa ke segenap lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment