CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, March 15, 2011

Salah siapa?

Lihatlah kesalahan ejaannya



     Jika dibaca dengan teliti ejaan-ejaan pada papan tanda di atas ini, banyak kesalahan bahasa yang dapat dikesan. Perkataan pertama dapat dikesan pada awal ayat iaitu "Di-larang". Jika disemak dari aspek tatabahasanya, "di" merupakan imbuhan awalan yang dieja secara rapat. Dalam konteks ini, "di" bukanlah kata sendi yang perlu dijarakkan. Kata sendi nama "di" menunjukkan tempat yang tidak sesuai digandingkan dengan kata dasar "larang". Lebih-lebih lagi disempangkan dengan kata dasarnya. Perkara ini amat ketara dalam kesalahan tatabahasanya.


     Kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda seterusnya ialah ejaan perkataan "di-hadapan". Penggunaan "di" di sini merujuk kepada kata sendi nama yang menunjukkan arah dan tempat iaitu "hadapan". Ejaan yang betul ialah dengan menjarakkan "di" dengan kata dasar "hadapan" tanpa penggunaan sempang.


     Kesalahan yang ketiga yang dapat dilihat melalui ejaan "baisikel2". Konteks ejaan yang digunakan seakan ingin menyamakan bahasa Melayu dengan sebutan bahasa Inggeris iaitu "bicycle". Lalu kata tersebut digandakan dengan bersimbolkan nombor dua. Seharusnya perkataan tersebut perlu digandakan dan disempangakan menjadi "basikal-basikal".


     Saya tidak tahu siapa yang menulis papan tanda dengan ejaan sedemikian. Mungkinkah orang bukan Melayu? Jika orang Melayu sekalipun, saya pasti pengetahuan tatabahasanya amat lemah. Kebanyakan kesalahan bahasa yang digunakan oleh masyarakat seakan tidak mengambil endah. Kesalahan bahasa seperti ini tidak sepatutnya ditunjukkan kepada masyarakat awam yang selalu mengunjungi tempat itu.


   Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi negara Malaysia ini. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera agar kesalahan bahasa ini tidak tercemar terhadap masyarakat umum. Selain itu, peranan penggiat bahasa perlu dirancakkan seperti kempen bahasa agar bersama-sama menangani masalah bahasa ini.

No comments:

Post a Comment