CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday, March 13, 2011

Tentang Bahasa Melayu Tinggi

     Baru-baru ini, Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) telah mengadakan satu seminar yang membincangkan Bahasa Melayu Tinggi. Seminar tersebut telah disampaikan oleh seorang pensyarah bahasa terkemuka Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Prof. Emeritus Abdullah Hassan. Seminar ini telah diadakan di Auditorium Utama UPSI yang berlangsung pada hari Rabu bertarikh 23 Februari 2011. Saya merasa bertuah walaupun saya menjadi Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana PERBAYU, saya masih diberi kesempatan untuk mendengar dan mendapatkan input yang berguna melalui seminar ini.

     Antara pengisiannya ialah, Prof menyarankan agar kita sebagai anak jati Melayu menggunakan kosa kata-kosa kata atau perbendaharaan kata dengan betul. Sekiranya tidak dipraktikkan Bahasa Melayu Tinggi ini, masalah penyebutan kata pasti tidak sesuai di dengar.  Dalam pemilihan kata amat penting dalam menyatakan sesuatu tujuan. Perkataan yang sopan boleh menjadikan orang yang mendengarnya turut selesa dengan pertuturan kita.

     Selain itu, beliau juga menerangkan perbezaan bagi mengenal pasti sesuatu bahasa itu sama ada tinggi atau rendah. Perbezaan itu boleh dilihat melalui penggunaan kata ganti nama  misalnya antara sesama rakan. Terdapat perbezaan yang biasa digunakan dalam pertuturan harian dengan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi ini. Contoh penggunaan katanya adalah seperti di bawah ini :

Kata ganti nama bagi rakan yang telah mesra = aku, kau
Kata ganti nama bagi Bahasa Melayu Tinggi = saudara, saudari, beliau

     Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri aku dan kau tidak ada dalam penggunaan kata Bahasa Melayu Tinggi ini. Penggunaan kata ganti nama saudara, saudari dan beliau merupakan bahasa yang sesuai digunakan dalam menunjukkan Bahasa Melayu yang baik dan lebih sopan.

     Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu Tinggi adalah satu bentuk bahasa yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu. Istilah Bahasa Melayu Tinggi sememangnya mendukung penegertian sosial yang tentunya berbeza dengan bahasa rendah. Dalam konteks ini, Bahasa Melayu Tinggi dapat dianggap sebagai bahasa yang mendukung konsep budaya tinggi.


No comments:

Post a Comment