CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, March 17, 2011

Lewah

     Dalam meniti kehidupan menjadi bakal seorang pendidik bahasa Melayu, saya banyak didedahkan dengan pelbagai bentuk pengajaran bahasa untuk memperkasakan bahasa Melayu ke dalam diri. Tatabahasa menjadi panduan saya untuk membina kata atau ayat yang betul dan tepat. Kesemua tugasan yang sedang saya siapkan memerlukan pembinaan ayat yang betul dalam bentuk penulisan ilmiah. Kesalahan bahasa sering berlaku dan kadang kala saya sendiri terlepas pandang berkenaan dengan kesalahan bahasa di dalam penulisan ilmiah saya. Walau bagaimanapun, saya tetap menjadi kesalahan-kesalahan bahasa ini sebagai satu proses pembelajaran yang akan membantu saya membuat dengan lebih baik daripada sebelum ini.

     Kelewahan penggunaan bahasa sering terjadi dalam pembinaan ayat. Kelewahan penggunaan bahasa juga dapat dikesan melalui tulisan dan lisan. Kelewahan ini terjadi apabila telah menjadi kebiasaan sehingga tanpa disedari kelewahan itu menimbulkan kesalahan bahasa. Misalnya frasa “destinasi yang dituju” ternyata tidak tepat dan dianggap lewah :

“Mereka sampai ke destinasi yang dituju pada pukul dua petang”.

     Kelewahan dalam bahasa dianggap sebagai suatu yang biasa dalam penggunaan bahasa kerana manusia suka berlebih-lebih dalam penggunaan bahasa. Gejala kelewahan dalam bahasa berlaku kerana masyarakat suka menambah satu atau dua perkataan bagi menegaskan sesuatu idea. Begi mereka, penambahan unsur yang sama maksud dapat memberikan kejelasan dan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, mereka cenderung melakukan kelewahan dalam binaan ayat. Namun begitu, dari sudut pembelajaran bahasa, kelewahan dalam bahasa perlu kita hindari. Hal ini demikian kerana kelewahan akan menjadikan ayat yang dibina itu tidak gramatis.



1 comment:

  1. Betfair Casino - Mapyro
    Betfair 구미 출장마사지 Casino Hotel. 1 Broadway North 삼척 출장안마 Street, Chicago, IL 64117. Directions 사천 출장마사지 · (618) 369-5000. Call Now · 김포 출장마사지 More Info. 화성 출장마사지 Hours, Accepts Credit Cards, Accepts  Rating: 4.5 · ‎2,612 reviews

    ReplyDelete